4 penerbangan bawa jemaah haji berlepas hari ini

Sebanyak empat penerbangan yang membawa 1,000 jemaah haji Malaysia berlepas ke Arab Saudi hari ini termasuk 450 kumpulan pertama yang berlepas 5.30 pagi tadi. Kumpulan pertama, KT01 itu dijangka tiba di Madinah pada pukul 1 petang waktu Malaysia. Sebanyak 64 penerbangan disediakan oleh Tabung Haji bagi membawa 22,320 jemaah haji negara ini yang melibatkan 39…

20131013-064922.jpg

Saudi bakal dibanjiri 1.3 juta jemaah haji asing

RIYADH 26 Ogos – Lebih 1.3 juta jemaah haji asing bakal menunaikan ibadah itu tahun ini, dengan 228,000 daripadanya merupakan jemaah dari negara Asean termasuk Malaysia dan Indonesia. Menurut Kementerian Haji Arab Saudi hari ini, penduduk dari negara-negara Asia Selatan merupakan jemaah haji paling ramai tahun ini dengan 410,000 jemaah, diikuti jemaah dari negara-negara Arab…

abas

Usah leka dalam hotel, solatlah di Masjid Nabawi

  Hotel penginapan yang disediakan Tabung Haji untuk jemaah haji Malaysia khususnya melibatkan Zon 2 di Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick di sini begitu selesa. Bilik yang disediakan dilengkapi tiga hingga empat katil, restoran, perkhidmatan iTalk, kaunter pengeluaran wang dan panorama Masjid Nabawi dari aras atasnya. “Tetapi jangan hanya duduk dan solat dalam hotel. “Ambillah peluang…

TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL

Banyak bersabar tunai haji – Raja Perlis

Jemaah haji perlu banyak bersabar untuk menghadapi pelbagai ujian sewaktu menunaikan rukun Islam kelima itu dengan sentiasa mengingati Allah SWT. Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, ini kerana dugaan tersebut akan datang dalam pelbagai bentuk atau keadaan dengan kehadiran ramai jemaah dari seluruh dunia di Mekah. “Apa sahaja dugaan, hadapilah dengan tabah supaya…

Patuhi nasihat petugas Tabung Haji

Bakal jemaah haji di daerah ini diminta mematuhi segala arahan dan nasihat daripada petugas Tabung Haji (TH) terutama yang berhubung kait dengan aspek kesihatan ketika berada di tanah suci kelak. Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, apatah lagi ketika ini masyarakat dunia dikejutkan dengan ancaman penularan beberapa wabak khususnya Ebola dan Sindrom Pernafasan…

100 petugas perubatan, kebajikan berlepas ke Mekah

Lebih 100 petugas perubatan dan kebajikan berlepas ke Tanah Suci Mekah hari ini untuk membantu memantau kesihatan serta melicinkan urusan perjalanan jemaah haji negara yang bakal menyempurnakan rukun Islam kelima itu, tidak lama lagi. Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Syed Saleh Abdul Rahman berkata, dalam kalangan mereka terdapat beberapa pakar perubatan…

sawah

Cuaca panas global selubungi Ramadan

IBADAH Ramadan tahun ini bertambah mencabar ekoran fenomena El Nino yang menyebabkan rantau Asia Pasifik menerima cuaca panas dan lembab luar biasa. Selain itu, Ramadan yang tiba pada pertengahan musim panas di hemisfera utara menambahkan lagi cabaran sedia ada. Kali terakhir Ramadan jatuh pada pertengahan musim panas adalah 30 tahun lalu iaitu pada tahun 1980.…

puasamakah

5,000 tan makanan dibuang tiga hari berpuasa

Makkah – Masalah pemba­ziran makanan sekali lagi meng­hantui Maj­lis Perbandaran Mekah pada Ramadan kali ini, apabila hampir 5,000 tan sisa makanan dibuang dalam tempoh masa tiga hari berpuasa sahaja. Laman web Arab News mela­porkan, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan sebanyak 20 bilion Riyal (RM16.99 bilion) pada bulan Ramadan untuk menyediakan makanan, berbanding 6 bilion Riyal (RM5.1…

lu_03.1

Puasa 15 jam pada suhu 50 darjah Celsius di Mekah

Penduduk Arab Saudi yang menetap di beberapa kawasan bakal menjalani ibadah puasa tahun ini selama 15 jam pada suhu paling panas melebihi 50 darjah Celsius. Laman web Arab News melaporkan, kawasan yang dijangka dilanda cuaca panas terik ialah Mekah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam. Umat Islam yang menetap di kawasan berkenaan bakal berpuasa selama 15…